|
Pada 2 Mei 2026, Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Dusun Bundu Sabah telah melakar sejarah dalam usaha pemeliharaan bahasa menerusi penganjuran Bengkel Wikikamus Bahasa Dusun Bundu di Pusat Pendidikan Etnik Ranau, Sabah. Program pendigitalan bahasa ini mencatatkan kejayaan membanggakan apabila 25 peserta daripada pelbagai lapisan umur berjaya merekodkan 777 lema perbendaharaan kata baharu serta lebih 200 sebutan audio melalui platform Lingua Libre, sekali gus memecahkan sasaran awal yang ditetapkan. Walaupun program tersebut sempat digemparkan dengan insiden penemuan ular yang memerlukan pemantauan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bengkel berkenaan berjaya disempurnakan dengan matlamat utamanya untuk memartabatkan dan memelihara warisan bahasa Dusun di platform digital terbuka tercapai.
Penulis asal: Wiki Farazi
0 Comments
Leave a Reply. |
arkib
July 2026
kategori
All
|
RSS Feed