|
Kelab Wiki Kent telah dirasmikan sebagai rakan strategik Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Dr. Hamidah Samsudin, di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura bersempena dengan Persidangan Wikimania 2023. Penubuhan kelab ini berhasrat untuk memperkasakan dan mendigitalkan bahasa Kadazandusun ke peringkat antarabangsa melalui platform Wikipedia, sejajar dengan peranan IPG Kampus Kent sebagai peneraju utama latihan perguruan bahasa tersebut di Malaysia. Presiden Wikimedia Malaysia, Dody Ismoyo, turut menyambut baik inisiatif strategik ini yang menyasarkan pemeliharaan lebih 60 dialek dan 150 subdialek rumpun Dusunik, di samping menyeru penglibatan lebih banyak agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menyelamatkan kosa kata pelbagai etnik di negara ini daripada ancaman kepupusan.
0 Comments
|
arkib
July 2026
kategori
All
|
RSS Feed