|
Meraikan ulang tahun ke-10 pembentukan komuniti Wikimedia di Malaysia 🎉
22 Mei 2016–22 Mei 2026 | Buat julung-julung kalinya, sebuah pertemuan bagi penggiat Wikimedia di Malaysia telah diadakan di Mall of Medini, Medini Iskandar dekat Johor Bahru, Johor. Pertemuan ini kemudiannya membawa kepada pembentukan kumpulan pengguna Wikimedia di Malaysia yang disahkan oleh Yayasan Wikimedia pada tahun berikutnya.
0 Comments
Wikimedia Community User Group Malaysia is proud to share the collective impact of our recent workshops held in conjunction with Ukraine’s Cultural Diplomacy Month 2026. This year, our efforts spanned across both higher education and secondary school levels, reinforcing our commitment to bridging cultural gaps through open knowledge.
Bridging Cultures in Cyberjaya On 23 April 2026, we returned to City University Malaysia, Cyberjaya, for our fourth consecutive year of collaboration. Our facilitators guided a diverse group of international students in translating 44 articles about Ukrainian heritage, cities, and prominent figures into seven languages, including Malay, Mandarin, Arabic, French, Bulgarian, and Spanish. Local Voices from Sandakan The initiative also reached East Malaysia, where students from SMK Sandakan took part in a dedicated edit-a-thon. These young editors focused on making Ukrainian culture accessible to local audiences by creating and translating 22 articles into Malay and other local languages. A Collaborative Success The Embassy of Ukraine in Malaysia has expressed its sincere appreciation to our coordinator, Mr. Mohd Taufik Rosman, for his leadership in mobilizing the SMK Sandakan students. As a gesture of gratitude, participants were treated to #Roshen products, celebrating a successful exchange of knowledge and culture. We are honored to see these 66 new articles added to the global encyclopedia and look forward to continuing this meaningful partnership next year. Diplomasi Digital: Mahasiswa Universiti Malaya dan Jepun "Ganding Bahu" Perkasakan Wikipedia5/2/2026 Sempena Bulan Asia Wikipedia tahun lalu, kami telah menganjurkan sebuah bengkel Wikimedia kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) pada 19 Disember 2025.
Dalam bengkel tersebut, kami mendedahkan cara menyunting di laman ensiklopedia bebas, Wikipedia dan memasukkan perkataan ke kamus bebas dalam talian, Wikikamus (Wiktionary). Bengkel turut dijalankan secara serentak bersama rakan-rakan Wikimedia di Jepun, sempena jalinan Persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia. Pada acara ini, Dr. Woo Wai Sheng dari Jabatan Bahasa-Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM juga berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan. Acara ini turut mendapat sokongan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun ini, dan telah berjaya menghasilkan 10 rencana baharu di Wikipedia dan memasukkan 391 perkataan bahasa Jepun ke Wikikamus. Wikimedia Malaysia amat berbesar hati dengan kerjasama ini. Semoga dapat bersama-sama menyumbang pengetahuan untuk semua. Wikipedia highlights Malaysia achievements, strong local readership, participationAs of early 2026, Wikipedia has evolved from a "digital dream" into the backbone of the internet, now serving as a primary data source for AI and search engines. In Malaysia, the platform has seen massive growth in local language content, high readership, and international award-winning projects for indigenous language preservation.
Pada Oktober 2025, SMK Bukit Assek di Sibu menjadi tuan rumah bagi bengkel memperkasa Bahasa Iban di Wikipedia dan Wikikamus. Program ini bertujuan melatih guru dan pelajar cara menulis serta menyunting kandungan dalam bahasa ibunda mereka agar ia kekal relevan dalam dunia digital.
Pada 4 Jun 2025, Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia (Wikimedia Malaysia) telah menganjurkan WikiKata Bahasa Tamil buat julung kalinya, bertempat di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Program ini merupakan hasil usahasama antara Wikimedia Malaysia dengan Dr Elanttamil Maruthai, pensyarah Bahasa Tamil di fakulti universiti tersebut. Seramai 25 orang pelajar fakulti telah menyertai program ini, termasuk tujuh orang sukarelawan Wikimedia Malaysia. Penulis turut berkesempatan mengambil peluang menjadi sukarelawan Wikimedia yang telah membimbing pelajar-pelajar universiti. Baca lanjut ... Dalam usaha memberikan inspirasi untuk memelihara bahasa orang asal di Malaysia, Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia telah bekerjasama dengan UNESCO Jakarta untuk menganjurkan “Pertandingan WikiKata 2024.”
Inisiatif ini ialah sebahagian daripada matlamat yang lebih luas yang digariskan Dekad Bahasa Orang Asal Antarabangsa 2022–2032 UNESCO, yang mana memberi tumpuan memastikan kewujudan dan kebolehcapaian jangka panjang bahasa-bahasa orang asal, terutamanya dalam ruang digital. Baca lanjut ... Datin Dr Hajah Rosinah (tengah bertudung merah) bersama Linah (berbaju kuning di sebelah kanan Rosinah), Mohd Taufik (berkaca mata hitam di sebelah kanan Linah) bersama-sama pensyarah-pensyarah BKD, guru-guru BKD Dan pelajar-pelajar BKD pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Wikikamus BKD di IPG Kampus Kent, Tuaran. Pada November 2022, IPG Kampus Kent di Tuaran menganjurkan bengkel pertama untuk memasukkan kosa kata Bahasa Kadazandusun (BKD) ke dalam Wikikamus (Wiktionary). Usaha ini bertujuan untuk memastikan bahasa tersebut kekal relevan dalam arus teknologi dan mudah dicapai oleh generasi muda serta orang awam secara dalam talian.
Dody Ismoyo, an electrical engineering alumnus from UTP, is one of the top 200 most active English-language Wikipedia editors globally. Beyond technical articles, he has built a massive database of Malaysian culture, tourist spots, and disability accessibility features, all while leading the Wikimedia Community User Group Malaysia.
Pertandingan WikiKata Edisi Kedua (2021) dianjurkan secara dalam talian untuk merekodkan istilah bahasa peribumi ke dalam Wikikamus Bahasa Melayu. Inisiatif ini adalah usaha kerjasama antara Wikimedia Malaysia, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, dan BorIIS (UMS) untuk menyelamatkan bahasa yang semakin terancam. |
arkib
May 2026
kategori
All
|

RSS Feed