Belia adalah penggerak inovasi dan kerjasama. 90% sukarelawan kami terdiri dalam kalangan belia. Melalui inisiatif tertumpu kepada belia, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan memperkasakan minda muda untuk menyumbang kepada projek pengetahuan bebas, membangunkan kemahiran digital dan penyelidikan serta menjadi pemimpin dalam pergerakan Wikimedia.
Majoriti sukarelawan kami di Malaysia adalah belia sejumlah 95% orang. Ini mencerminkan dedikasi generasi muda dalam mencipta sumbangan yang memberi impak kepada projek Wikimedia. Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja mengembangkan jangkauan pengetahuan percuma, tetapi juga mewujudkan komuniti dengan pembelajaran, kerjasama dan inovasi berkembang maju.
Kami komited menyediakan platform untuk belia meneroka potensi mereka sama ada melalui bengkel, pertandingan atau program kepimpinan supaya mereka dapat turut bersama memberi impak yang berkekalan kepada dunia. Bersama-sama, kita boleh membina masyarakat yang didorong oleh pengetahuan demi masa depan.

Antara inisiatif yang dijalankan termasuklah penubuhan Kelab Wikimedia di institusi pendidikan seperti sekolah menengah, kolej, dan universiti dengan majoriti ahlinya terdiri daripada golongan belia contohnya Kent Wiki Club di IPG Kampus Kent, Sabah dan IIUM WIkimedia Club di UIA, Kuala Lumpur. Penubuhan kelab ini bertujuan untuk memberikan platform kepada pelajar dan belia untuk mendalami kemahiran penyelidikan, menyumbang kepada projek Wikimedia seperti Wikipedia dan Wikimedia Commons, serta membina komuniti pembelajaran yang berasaskan pengetahuan terbuka.
Kelab ini juga berfungsi sebagai ruang untuk memperkasa belia dengan pengetahuan digital dan melatih mereka menjadi pemimpin muda yang mampu membawa perubahan positif dalam masyarakat.
Dengan sokongan institusi pendidikan dan komuniti tempatan, Kelab Wikimedia dapat menjadi pemangkin kepada keterlibatan belia dalam gerakan Wikimedia secara lebih aktif dan berterusan.