Diplomasi Digital: Mahasiswa Universiti Malaya dan Jepun "Ganding Bahu" Perkasakan Wikipedia5/2/2026 Sempena Bulan Asia Wikipedia tahun lalu, kami telah menganjurkan sebuah bengkel Wikimedia kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) pada 19 Disember 2025.
Dalam bengkel tersebut, kami mendedahkan cara menyunting di laman ensiklopedia bebas, Wikipedia dan memasukkan perkataan ke kamus bebas dalam talian, Wikikamus (Wiktionary). Bengkel turut dijalankan secara serentak bersama rakan-rakan Wikimedia di Jepun, sempena jalinan Persahabatan Wikimedia Jepun-Malaysia. Pada acara ini, Dr. Woo Wai Sheng dari Jabatan Bahasa-Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM juga berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan. Acara ini turut mendapat sokongan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun ini, dan telah berjaya menghasilkan 10 rencana baharu di Wikipedia dan memasukkan 391 perkataan bahasa Jepun ke Wikikamus. Wikimedia Malaysia amat berbesar hati dengan kerjasama ini. Semoga dapat bersama-sama menyumbang pengetahuan untuk semua.
0 Comments
|
arkib
March 2026
kategori
All
|
RSS Feed