Amanah & Keselamatan

​Kumpulan kami percaya bahawa semua interaksi dengan projek Wikimedia harus bebas daripada gangguan, penderaan, diskriminasi dan lain-lain bentuk tingkah laku yang tidak diingini.
Anda bekerja dalam institusi sejarah dan kebudayaan?
Anda ingin menjadi sebahagian dari kami?

Anda mempunyai koleksi gambar berkualiti tinggi?
Anda ingin melakukan sumbangan?

Anda mempunyai soalan berkenaan Wikipedia?
Anda adalah salah seorang penderma kami dan mempunyai soalan terkait?
Visi kami
Visi kami ialah membentuk dunia yang membenarkan setiap manusia berkongsi secara bebas semua pengetahuan untuk masyarakat yang lebih terbuka dan bermaklumat.
Misi kami
Kami semua sukarelawan yang terdorong dengan matlamat kami untuk membebaskan pengetahuan untuk semua. Bantu kami mengurus acara dan kegiatan untuk menarik lebih ramai penyunting baru dan menambahkan lagi pengetahuan.
Program kami
Program kami menawarkan projek, acara dan latihan asas dalam menyunting Wikipedia dan platform Wikimedia lain. Kami menyediakan geran untuk inisiatif yang menyokong misi kami.​