Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia ialah badan sukarelawan bukan untung yang memberi impak besar. Model penyampaian kami adalah berdasarkan keutamaan strategik perkongsian, komuniti dan teknologi, yang merupakan elemen penting dalam semua aktiviti kami.
Visi kami
Visi kami ialah membentuk dunia yang membenarkan setiap manusia berkongsi secara bebas semua pengetahuan untuk masyarakat yang lebih terbuka dan bermaklumat.
|
Misi kami
Kami semua sukarelawan yang terdorong dengan matlamat kami untuk membebaskan pengetahuan untuk semua. Bantu kami mengurus acara dan kegiatan untuk menarik lebih ramai penyunting baru dan menambahkan lagi pengetahuan.
|
Program kami
Program kami menawarkan projek, acara dan latihan asas dalam menyunting Wikipedia dan platform Wikimedia lain. Kami menyediakan geran untuk inisiatif yang menyokong misi kami.
|
Suapan terkini
Wiki Loves Earth Malaysia 2025 is back!Wiki Loves Earth Malaysia 2025 has begun!
Join the international photography competition focused on natural heritage across Malaysia! 1st July - 31st July 2025 More info: bit.ly/wlemy2025 Submit your photos on Wikimedia Commons and help improve free knowledge while standing a chance to win prizes! Baca lanjut ... |
Memperkasakan Generasi Akan Datang dengan Memelihara Bahasa Orang Asal melalui WikiKata
Dalam usaha memberikan inspirasi untuk memelihara bahasa orang asal di Malaysia, Komuniti Kumpulan Pengguna Wikimedia Malaysia telah bekerjasama dengan UNESCO Jakarta untuk menganjurkan “Pertandingan WikiKata 2024.”
Inisiatif ini ialah sebahagian daripada matlamat yang lebih luas yang digariskan Dekad Bahasa Orang Asal Antarabangsa 2022–2032 UNESCO, yang mana memberi tumpuan memastikan kewujudan dan kebolehcapaian jangka panjang bahasa-bahasa orang asal, terutamanya dalam ruang digital. Baca lanjut ... |
|
|
|
Statistik
+2000
|
+5000
|
+100
|
PROJEK WIKIMEDIA
Amanah & Keselamatan
Kumpulan kami percaya bahawa semua interaksi dengan projek Wikimedia harus bebas daripada gangguan, penderaan, diskriminasi dan lain-lain bentuk tingkah laku yang tidak diingini.